Kota Cornwallis, Pulau Pinang
PENGENALAN KOTA CORNWALLIS, PULAU PINANG Pulau Pinang merupakan negeri di Malaysia . Negeri ini terbahagi kepada dua bahagian oleh Selat Melaka iaitu seberang pulau dan Seberang Perai dengan adanya jambatan dan feri di laut Prai, Glugor dan Bagan Dalam. Negeri ini juga merupakan petempatan British yang pertama di Semenanjung Malaysia dan hanya negeri yang berpisah dua belah di Malaysia. Nama Pulau Pinang ini diambil daripada nama pokok pinang (areca catechu). Ia juga dipanggil Tanjung Bidara sebelum dikenali Pulau Pinang. Terdapat banyak pantai terletak di Pulau Pinang. Kota Cornwallis adalah kota lama berbentuk bintang 4 bucu yang terletak di timur laut Pulau Pinang . Ia didirikan pada tahun 1786 , dan dinamakan sempena Gabenor Jeneral India masa itu Charles Earl Cornwallis . Ia dibina di Padang Kota Lama , Georgetown , Pulau Pinang . Satu ketika dahu...