Tempat Menarik di Kampung Saya

Sri Aman merupakan salah satu bandar pelabuhan dan daerah yang terletak di SarawakMalaysia. Sri Aman atau Bandar Sri Aman yang terletak di Sungai Batang Lupar ini juga pada asalnya dikenali dengan nama Simanggang. Nama Sri Aman diambil sempena peristiwa penyerahan diri anggota parti komunis yang dipimpin oleh Bong Kee Chok sekitar tahun 1974. Peristiwa ini dikenali sebagai Deklarasi Sri Aman.
Sri Aman juga mempunyai sejarah yang penting semasa era penjajahan. Sri Aman juga merupakan pintu gerbang bagi pelawat untuk menuju ke Taman Negara Batang Ai dan melawat rumah panjang tadisional kaum Iban yang terdapat di sepanjang sungai.
Sri Aman terkenal dengan kisah buaya lagenda Bujang Senang dan fenomena unik ombak gadang di Sungai Batang Lupar yang digelar benak.[2] Sungai Batang Lupar merupakan salah satu daripada kira-kira 400 sungai dan muara di dunia yang mengalami fenomena ini. Benak akan muncul dari kuala dan memenuhi sungai dengan cepat dalam jangka masa kira-kira 10 minit. Puncak ombak benak boleh mencapai ketinggian 2-3 meter.
Terdapat jadual yang mengenai masa dan tarikh fenomena benak akan berlaku. Namun, benak besar hanya akan berlaku beberapa kali dalam setahun. benak yang berlaku di sungai tersebut. Pesta Benak diadakan setiap tahun sekitar bulan Mei dengan regata lumba perahu pelbagai kategori pengayuh sebagai acara utama. Terdapat juga acara-acara sampingan yang lain sepanjang pesta tersebut.
Sri Aman terkenal dengan sejenis ikan yang begitu popular di kalangan penduduk tempatan, Ikan Bulu sejenis ikan sungai yang sering dipansuh (masak di dalam buluh) atau dipais (ikan dibalut dengan daun pisang atau daun apong dan dibakar). Terdapat juga Ikan Salai (ikan kering yang diasapi) seperti ikan jan salai & ikan lumek salai.










Comments