Kota Cornwallis, Pulau Pinang


PENGENALAN KOTA CORNWALLIS, PULAU PINANG 
Pulau Pinang merupakan negeri di Malaysia. Negeri ini terbahagi kepada dua bahagian oleh Selat Melaka iaitu seberang pulau dan Seberang Perai dengan adanya jambatan dan feri di laut Prai, Glugor dan Bagan Dalam. Negeri ini juga merupakan petempatan British yang pertama di Semenanjung Malaysia dan hanya negeri yang berpisah dua belah di Malaysia. Nama Pulau Pinang ini diambil daripada nama pokok pinang (areca catechu). Ia juga dipanggil Tanjung Bidara sebelum dikenali Pulau Pinang. Terdapat banyak pantai terletak di Pulau Pinang.
Kota Cornwallis adalah kota lama berbentuk bintang 4 bucu yang terletak di timur laut Pulau Pinang. Ia didirikan pada tahun 1786, dan dinamakan sempena Gabenor Jeneral India masa itu Charles Earl Cornwallis. Ia dibina di Padang Kota LamaGeorgetown,Pulau Pinang. Satu ketika dahulu bahagian ini dinamakan Tanjung
Struktur dan senibina bangunan Kota Cornwallis ini hanya berasaskan daripada kayu dan batang-batang nibung pada awal pembinaan kota ini. Keluasan kota ini berukuran 46.4 meter persegi. Pada tahun 1793 kota ini dibina semula dengan menggunakan batu bata untuk bertujuan pentadbiran serta kubu pertahanan.
Dalam kota ini terdapat binaan bangunan dan meriam-meriam yang kini hanya menjadi sebagai kawasan bersejarah. Antaranya ialah stor simpanan bahan letupan dan juga sebuah Gereja Kecil yang dibina oleh Francis Light untuk tujuan ibadat. Gereja ini merupakan Gereja Anglican yang terawal di sini.

TEMPAT MENARIK DI KOTA CORNWALLIS, PULAU PINANG

1. REKA BENTUK BANGUNAN KOTA CORNWALLIS                                                
                         
Rajah 1 
             
                                                                        Rajah 2


Dinding kubu setinggi lebih kurang 10 kaki ini dibina dalam bentuk bintang. Perjalanan mengelilingi kubu ini mengambil masa 10 minit. Di dalam kubu ini, anda boleh melihat tinggalan struktur lama yang dibina berkurun lalu seperti sebuah gereja kecil, penjara, kawasan penyimpanan senjata, lampu rumah api yang pernah diguna untuk memberi amaran kepada kapal, tiang bendera asal dan beberapa meriam gangsa lama yang mana salah sebuah daripadanya meriam Belanda, dikenali sebagai Seri Rambai, bertarikh 1603. Sesuatu yang menarik berkenaan meriam Seri Rambai, sesetengah penduduk tempatan percaya ia boleh memberi kesan positif terhadap kesuburan wanita.
Tapak bersejarah yang diuruskan secara persendirian ini popular di kalangan pengunjung. Ia dilengkapi dengan kiosk informasi pelancong, sebuah kafe, dewan terbuka, galeri sejarah, pusat cenderamata serta jurupandu yang boleh membawa anda melawati kawasan kubu sambil memberi penerangan tentang sejarahnya.


2. CHAPEL KOTA CORNWALLIS

Rajah 3

Rajah 4

Rajah 5
                                                
Ini adalah struktur teratai gereja paling awal yang masih hidup di Pulau Pinang dari zaman kolonial. Ia dibina pada tahun 1799 di sebelah timur Fort Cornwallis di benteng barat daya. Pernikahan pertama yang dirakamkan di sini berlaku pada tahun 1799 ketika John Timmers telah menikah dengan Martina Rozells, janda Francis Light yang mendirikan koloni

3. Rumah api
Rajah 4

Rajah 5

 The Fort Cornwallis Lighthouse atau dalam Bahasa Melayu Rumah Api Kota   Cornwallis adalah sebuah rumah api di Fort Cornwallis, George Town, Pulau Pinang,   Malaysia.Rumah Api itu dibina oleh kerajaan British Malaya pada tahun 1882 sebagai Fort   Point Lighthouse dengan kos £10,224.Pada tahun 1914-1928, Rumah Api itu menjalani   pengubahsuaian dan namanya diubah menjadi Penang Harbour Lighthouse.Rumah api itu diperbuat daripada rangka keluli putih dengan ketinggian 21 meter. 

4. Stor serbuk senjata api

Rajah 6

Rajah 7 

Rajah 8

Stor serbuk senjata api atau bahasa Inggerisnya dipanggil ‘’ Gunpowder Magazine’’ juga terdapat di Fort Cornwallis.ini dibina pada tahun 1814. Ia merupakan tempat simpanan senjata dan peluru. Rekaannya berdinding tebal untuk mengelakkan kesan kerosakan teruk jika letupan berlaku. Stor menyimpan serbuk senjata api dalam Ini ialah stor utama dan terletak di kawasan berhampiran meriam-meriam yang menghadap laut. Ia mempunyai bentuk yang agak unik. 

5. Meriam Sri Rambai

Rajah 9

Rajah 10

Rajah 11

Meriam Sri Rambai yang terkenal ini diletakkan di atas pelantar kayu roda yang menghadap Terusan Utara oleh Jepun tahun 1914.Meriam ini mempunyai lambang SYARIKAT INDIA TIMUR BELANDA. Pada tahun 1817, kapal Inggeris yang belayar ke Kuala Selangor dan diserang lanun. Menurut sejarah, meriam ini timbul dari laut dengan sendirinya dan ia berlaku pada tahun 1880. Ia dijampi oleh seorang putera yang mengikat benang di jarinya dan memerintah meriam itu timbul di laut. Kisah lagenda percaya bahawa perempuan yang mandul boleh hamil dengan meletakkan bunga di laras meriam sebagai bentuk doa khusus.

6.Tugu Peringatan Francis Light

Rajah 12

Rajah 13


Patung Gangsa Francis Light telah ditempah khas oleh Majlis Perbandaran Pulau Pinang pada 1938 sebagai tugu peringatan Francis Light sempena ulangtahun ke-150 pendaratan Francis Light ke Pulau Pinang. Tugu peringatan ini bukanlah berdasarkan wajah sebenar Francis Light tetapi berdasarkan anak sulungnya, Kolonel William Light kerana tiada rekod atau gambaran mengenai rupa sebenar Francis Light. Patung gangsa ini diukir oleh F.J Wilcoxsan Thomas Dilton di Burton's Foundry pada tahun1936. Sekiranya diamati, pedang yang tersisip di sisi patung itu telah tiada. Dikatakan semasa penaklukan oleh Jepun dahulu, pedang tersebut telah dileburkan untuk membina kelengkapan perang tentera Jepun.

Harga Tiket Kota Cornwallis, Pulau Pinang


Rajah 14

Tiket-tiket ini adalah sah untuk satu hari dan boleh keluar masuk bila-bila masa dalam satu hari sahaja. Bagi pelancong yang tidak ingin masuk, mereka boleh melihat atau mengambil gambar di kubu pertahanan ini dari luar. Harga tiket yang disediakan adalah mengikut kategori pelancong dari segi warganegara Malaysia dan pelancong luar. 

                                  
                                                                      Rajah 15

1) Harga Pemegang MyKad
Kategori
Harga
Dewasa
RM10
Kanak-Kanak
RM5

2) Harga Pelancong Luar
Kategori
Harga
Dewasa
RM20
Kanak-Kanak
RM10

3) Kadar parking kereta sebelah Kota Cornwallis
Perkara
Harga
Sejam pertama
RM2
Sejam berikutnya
RM1


Waktu Operasi / Waktu Melawat
Waktu operasi bagi destinasi ini dibuka seawal jam 9.00 pagi sehingga 10 malam pada setiap hari. 


                                                   
                                                                               Rajah 16



Comments