Posts

Showing posts from July, 2018

Tempat Menarik di Kampung Saya

Image
Sri Aman  merupakan salah satu bandar pelabuhan dan daerah yang terletak di  Sarawak ,  Malaysia . Sri Aman atau  Bandar Sri Aman  yang terletak di Sungai Batang Lupar ini juga pada asalnya dikenali dengan nama  Simanggang . Nama Sri Aman diambil sempena peristiwa penyerahan diri anggota parti komunis yang dipimpin oleh Bong Kee Chok sekitar tahun 1974. Peristiwa ini dikenali sebagai Deklarasi Sri Aman. Sri Aman juga mempunyai sejarah yang penting semasa era penjajahan. Sri Aman juga merupakan pintu gerbang bagi pelawat untuk menuju ke Taman Negara Batang Ai dan melawat rumah panjang tadisional kaum Iban yang terdapat di sepanjang sungai. Sri Aman terkenal dengan kisah buaya lagenda Bujang Senang dan fenomena unik ombak gadang di Sungai Batang Lupar yang digelar benak. [2]  Sungai Batang Lupar merupakan salah satu daripada kira-kira 400 sungai dan muara di dunia yang mengalami fenomena ini. Benak akan muncul dari kuala dan memenuhi sungai dengan...